Sejarah Mainichi Shimbun

Sejarah Mainichi Shinbun bermula dengan penubuhan dua akhbar pada zaman Meiji. Tokyo Nichi Nichi Shimbun ditubuhkan dahulu pada 1872. Dengan catatan sejarah selama 136 tahun. Osaka Mainichi Shimbun ditubuhkan empat tahun kemudian pada 1876. Kedua-dua akhbar itu digabungkan pada 1911, akan tetapi kedua-dua syarikat itu terus mencetak akhbar mereka secara bebas sehingga tahun 1943, ketika kedua-dua edisi tersebut diletakkan di bawah sebuah masthead Mainichi Shimbun. Pada 1966, pejabat di Tokyo dipindahkan dari Yurakucho ke Takebashi, dan pada 1992 pejabat Osaka dipindahkan dari Dojima ke Nishi-Umeda.

Mainichi mempunyai 3,200 pekerja yang bekerja di 364 pejabat di Jepun dan 26 biro di luar negara. Ini adalah salah satu daripada tiga akhbar terbesar di Jepun dari segi peredaran dan jumlah pekerja dan mempunyai 79 syarikat bersekutu,[8] termasuk Tokyo Broadcasting System (TBS), Mainichi Broadcasting System (MBS) dan Sports Nippon Newspaper.[9] (walaupun berkait, Mainichi tidak memiliki saham terbesar di TBS dan juga MBS)

Mainichi adalah satu-satunya syarikat akhbar Jepun yang memenangi Hadiah Pulitzer untuk foto pada 1960 berkaitan "Penikaman Tokyo". Persatuan Akhbar Jepun, yang terdiri daripada 180 pertubuhan berita telah memberikan anugerah Grand Prix kepada Mainichi sebanyak 21 kali, menjadikan Mainichi sebagai pemenang paling kerap untuk hadiah berkenaan sejak permulaannya pada 1957.

Perkongsian bersama MSN Japan

Pada 15 Januari 2004, Mainichi Shimbun dan MSN Japan mengumumkan mereka akan menggabungkan laman sesawang mereka. Kerjasama ini telah dikenali sebagai MSN-Mainichi Interactive, berkuat kuasa sejak 1 April 2004.[10] Pada 18 September 2007, Mainichi mengumumkan pelancaran laman sesawang baru mereka, mainichi.jp, yang akan merangkumi "penggunaan penanda buku sosial, RSS dan bahagian blog" dan akan "memberi perhatian kepada blogger". Laman sesawang baru ini mula beroperasi pada 1 Oktober 2007, menandakan berakhirnya MSN-Mainichi Interactive yang digantikan oleh mainichi.jp. Mainichi Daily News yang berbahasa Inggeris juga berpindah ke laman sesawang baharu.[11] MSN-Japan beralih ke Sankei Shinbun.[12]

Rujukan

WikiPedia: Mainichi Shimbun http://biz-journal.jp/2016/10/post_17001.html http://www.mainichi.co.jp/corporate/relation/ http://www.sankei.co.jp/keizai/it/070918/itt070918... http://www.sponichi.co.jp/company/corporate/histor... http://mainichi.jp/english/ http://mainichi.jp/english/english/ http://mdn.mainichi.jp/national/archive/news/2007/... http://www.pressnet.or.jp/newsb/0402b.html#Anchor-... https://www.nytimes.com/2017/02/13/world/asia/trum... https://www.theguardian.com/world/2020/jan/01/japa...